Home News

Keluarga bahagia, Kesihatan fizikal dan mental.
Team yang super awesome, Sahabat2 yang baik, Pelanggan yang baik

 

Itu semua rezeki juga.

 

Semalam REZEKI kami berjumpa dengan orang hebat aka orang ‘Bukit Bintang’ pengasas kepada KL SOCIETY.

 

Terlalu banyak sejarah2 BUKIT BINTANG yang kami berdua tak pernah tahu.

 

Beliau adalah kelahiran BUKIT BINTANG dan menurut beliau, lebih dari 3 generasi beliau menetap dan membesar di BUKIT BINTANG.

 

MummyJ yang besar di CHERAS ni yang takla jauh mana dengan BUKIT BINTANG, naik bas mini 60 dah sampai kena jalan kaki sikit, pun TAK KENAL SEDALAMNYA lagi BUKIT BINTANG ni.

 

Antara benda2 yang menarik di BUKIT BINTANG adalah :

 

1. Hampir 100% bank di dalam Malaysia, Ibu pejabatnya adalah di Bukit Bintang.
2. Hampir semua bangunan2 pencakar langit kedudukannya juga di dalam kawasan BUKIT BINTANG.
3. BUKIT BINTANG juga adalah penyumbang lebih 1% dari kreatif industri di dalam Malaysia iaitu sebanyak hampir 3 bilion, dgr 1% sikit kan? Cuba tukar in numbers, ternganga both of us!.

 

Banyak lagi yang dikongsikan tapi sebab terlalu kusyuk kami lebih mendengar dari mencatit.

 

Impian beliau untuk menaikkan semula nama BUKIT BINTANG dan menjadi lebih dari 5% penyumbang dalam CREATIVE INDUSTRY, mengajak #GenBijakDotMy untuk bersama2 dalam menjayakan program yang istimewa ini.

 

Pastinya bila melibatkan #GenBijakDotMy, akan ada beberapa sekolah & agensi yang bakal kami bawa dan berkoleberasi bersama.

 

Program ini dijangka akan berlangsung di BUKIT BINTANG pada 2022 guys tetapi akan berlangsung secara dalam talian bermula 2021 bulan Jun selewatnya.

 

Doakan agar perancangan ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.