Home News

Artikel #GES2021 di Berita Harian, Isnin 15.03.2021.

Tahniah kepada semua yang terlibat, sama2 menjayakan dan memastikan perjalanan program #GES2021 dari awal hingga kini dapat berjalan dengan baik.

 

Walau pelbagai rintangan dari pelbagai pihak, kita sama2 tetap teruskan perjuangan terus memberi ‘pendidikan dalam permainan’ menggunakan platform yang murid sendiri sukakan.

 

Mana mungkin kita nak ‘didik’ murid tapi mengikut platform ‘tekak kita sendiri’ sedangkan ini zaman mereka bukan zaman kita.

Bak kata penolong pengarah Hem di JPN Kedah, En Norulrozi sendiri kalau dulu zaman kita main guli, galah panjang untuk mengisi masa lapang bila mak ayah larang pun kita main juga, inikan pula zaman sekarang?

Agaknya kalau kita bagi guli dekat budak2 ni, suruh la dia tinggalkan gadget tu, apa jadi agaknya? Mana kawasan yang sesuai nak main guli? And paling best pula kena patuh SOP?

Korang leh bayangkan kalau zaman kita dulu main galah panjang, main tenteng, main konda kondi, main guli nak pakai mask? nak buat penjarakan 1 meter dengan memember? Logik akal ke?

 

Sekali lagi kami tekankan, kami bukan menganjurkan program untuk melalaikan murid, untuk menggalakkan murid membuang masa, bagi program yang ‘xde faedah katanya’, kami terima apa saja pandangan dari orang luar. Yang pasti hanya kami dan sekeliling kami yang sedar akan manfaat yang sedang disalurkan dalam #GES2021.

 

 

Jom saksikan sendiri artikel dan testimoni dari IbuBapa & Guru selaku pengurus pasukan tentang program #GES2021 & #WeekendWarrior yang kami anjurkan, yang mana kami hanya berurusan dengan guru dan IbuBapa sahaja.

Semoga Allah buka hijab hati kepada pihak2 yang masih lagi tidak mahu menerima dan tidak menyokong langsung akan program ini dan semoga Allah melindungi kita semua dari gejala2 yang tidak baik.

Amin..

 

Love xoxo

MummyJ