Home News

DARI HAMPIR BUNGKUS, KAMI BANGKIT DAN TERUS BERLARI! Xdan pandang belakang lagi..

Satu yang kami pegang, bila nak buat ‘any program’ mesti kena buat sampai jadi dan buat sampai ‘meletop’.

Bila dah aim nak buat benda besar sure cabaran pun besar juga, hanya org2 yg rapat tahu apa cabaran yang kami lalui utk pastikan program berjalan lancar.

Tanpa cabaran kita memang xboleh pergi jauh, kalau kita ni duk sibuk fikir ‘apa kata orang’ kita pun masih di takuk lama. Sibuk membawang sana sini, sibuk membelek kain orang sampai lupa nak belek kain sendiri kan?. Zappp..

Petikan atas bukan sindiran tapi memang berlaku kepada kami, walau ada yang ‘tidak menyokong’ tetapi masih ramai lagi yang menyokong. Usah fokus kepada masalah, fokus kepada solusi, kalau duk fokus pada masalah, semua kerja pun x selesai.

Apapun kami sangat2 bersyukur kerana dengan pelbagai rintangan dan cabaran, kami dapat juga beberapa jemputan untuk berkoleberatif bersama. Mereka nampak ‘value’ kami, mereka nampak ‘hasil kerja’ kami.

Doakan guys agar #GenBijakEsports dapat menjadi kelab yang membuka banyak pintu kepada kelab2 e-sports yang lain untuk bekerjasama dengan agensi pendidikan yang lain.

Cuma sedikit tips untuk anda, dunia pendidikan bukan dunia ‘jana duit segera’ tetapi dunia mendidik mendidik dan mendidik, umpama kita menabur benih, kena banyak bersabar dan insyaAllah hasilnya pasti dapat dirasa semua. Kalau INSTANT MONEY yang anda pandang, anda TIDAK LAYAK untuk bekerjasama dengan mana2 agensi pendidikan dan pasti anda kecewa!

Terima kasih atas artikel dari technave.com. Petikan lanjut boleh terus klik link di sini