Offers

JUMPA KAMI DI KEMUNCAK AKHIR GENERASI E-SUKAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR (20-21 Feb 2021)

Alhamdullillah, perancangan yang memakan masa hampir setahun, perlaksanaan pula mengambil masa 6 bulan dengan keadaan pendamik yang turun naik tidak menentu dan cabaran dari segala sudut dapat kami tempuhi dengan baik.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak JPN Selangor kerana memberi sepenuh kepercayaan untuk menganjurkan GES2020 ini dengan bantuan dan kerjasama yang sangat baik. 

Ribuan terima kasih juga kepada pengurus pasukan aka Guru atau IbuBapa yang memberi sepenuh komitmen dalam memastikan pasukan dapat bertanding dan berkorban masa hujung minggu semata-mata untuk memberi sepenuh sokongan kepada pasukan mereka. 

Kami di GenBijakEsports akan terus menggalas tanggungjawab yang diberi dalam memastikan program dapat berjalan dengan baik. Kami juga mendapat maklum balas dari Guru & Ibu Bapa mereka menyokong GES2020 sepenuhnya dan berharap agar program ini dapat diteruskan kerana bukan hanya murid/peserta berpeluang mendapat e-sijil peringkat negeri malah dapat memberi ruang dan peluang untuk murid/anak-anak mengasah bakat sedia ada dalam e-sukan dan mana tahu dapat tawaran untuk ke peringkat lebih tinggi.

Dengan penganjuran GES2020 ini juga, kami berharap agar dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat kepada murid pada hujung minggu di samping dapat mengisi masa lapang murid untuk terus berada di dalam rumah #StayAtHome.

PROMO : https://www.youtube.com/watch?v=CHTQ8E3p4xQ&ab_channel=GenBijakdotMy

Jadi jangan lupa Sabtu dan Ahad ini pada 20 & 21hb Februari ini, siaran langsung perlawanan kemuncak akhir Generasi E-Sukan Sekolah Selangor yang akan menampilkan 16 kumpulan rendah dan menengah untuk permainan Mobile Legend Bang Bang & PubG Mobile di Facebook GenBijakdotMy yang mana pemenang berpeluang memenangi hadiah SMART PHONE realme C17 dan wang tunai terkumpul sebanyak RM2000 dari penaja realme dan TM Malaysia.

Dikesempatan ini juga, kami sertakan link untuk keahlian GenBijakEsports serta link survey untuk IbuBapa/Guru isikan untuk penambahbaikan bagi program akan datang. Terakhir sekali, kami mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap kami sepanjang menguruskan program Generasi E-Sukan Sekolah ini dan kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. 

Link untuk tambah baik program : http://tiny.cc/SurveyGES2020
Link untuk ahli GenBijakEsport : https://tiny.cc/DaftarKelab

Jangan lupa LIKE & FOLLOW Media Sosial kami di GenBijakdotMy & GenBijakESports dan join channel telegram kami dengan klik pautan yang disediakan.

#GenBijakdotMy #GenBijakESports

 

Sekian,

 

Syah B (Pengerusi Kelab)

 
  • Online eSports (Corporate)
    RM 7000Getting Bored, sign up for our Online E-Sports Service.
  • Online Motivational Talk
    RM 5000Feeling Down? Sign up for our Online Motivational Talk.
  • ThemePark @ masjid
    RM 7000Have Fun at our theme park, sign up now.
  • Karnival Sekolah
    RM 5000Its time for a Karnival, sign up now
  • Corporate Carnival
    RM 7000Sign up to join the Corporate Carnival.

 

Sign up for your event