[ #GES23 ] DAPATKAN GAMING JERSEY TERBARU KELUARAN #GENBIJAKESPORTS UNTUK #GES2023.

Bersemperna program baru untuk tahun 2023 ini, kami ada mengeluarkan design baharu bagi #GamingJersey.

#GenBijakESports merupakan kelab yang menganjurkan program berbentuk virtual dan fizikal seperti program kejohanan eSukan bagi organisasi yang berminat untuk mengadakan aktiviti kepada ahli kelab sukan atau kakitangan syarikat. Program ini boleh dilakukan secara virtual dan fizikal mengikut keperluan yang diminta.
Konsep yang kami bawakan adalah untuk memupuk silaturrahim dikalangan kakitangan disamping ianya boleh menambah baik teamwork + cara berkomunikasi bersama sepasukan.
 
Selain kejohanan eSukan, kami juga mula merupakan #TrainingProvider yang berdaftar dibawah HRD Corp Malaysia. Kami memberikan aktiviti kepada kakitangan yang berminat terhadap eSports untuk mengalami sendiri situasi bermain secara competative. Program ini juga dapat memberikan impak yang amat padu kepada kakitangan syarikat. Rata-rata mengatakan ianya sesuatu yang baru tetapi amat memberikan kesan. 

TYPE-A

 

TYPE-B

PERHATIAN!!
Pastikan anda memeriksa SAIZ CHART yang diberikan dan ukur dahulu sebelum membuat tempahan bagi MENGELAKKAN kesalahan membuat tempahan.
.
Segala pertanyaan : wasap.my/601111178940/JerseyGES23

Untuk pengetahuan, kami #GenBijakdotMy pernah menganjurkan program Generasi ESukan Sekolah peringkat negeri Selangor pada tahun 2020 dan disusuli dengan Perak, Johor dan Kedah pada tahun 2021, 2022 dan 2023. Program #GES2020 ini mendapat permintaan yang tinggi dikalangan murid kerana ianya satu-satunya program yang dijalankan secara dalam talian ketika itu sekitar Mac 2020.

Program ini juga mendapat sambutan bukan saja dari murid & guru malahan ibu bapa turut memberi sokongan yang padu untuk anak-anak turut serta selain memberi peluang kepada peserta untuk mendapat e-sijil peringkat negeri. Generasi ESukan Sekolah Selangor juga turut mendapat liputan media dari RTM, Sinar harian serta portal Astro Awani kerana ianya adalah satu-satunya program eSukan khas untuk murid sekolah rendah dan menengah sahaja yang mana objektif penganjuran GES2020 ini pada permulaannya adalah untuk menaikkan peratusan kedatangan murid di Selangor. Jumlah murid yang terlibat dalam GES Selangor hampir 30,000 dan lebih dari 700 buah sekolah selama 6 bulan dianjurkan. Tahun 2021 program GES Negeri akan diuruskan oleh Kelab Sukan Elektronik GenerasiBijak (GenBijakEports). Ini kerana mudah untuk kami fokus dalam menganjurkan program yang berkaitan eSukan seperti Bengkel ESukan dan apa saja program eSukan yang berkaitan. Untuk pengetahuan semua, program di bawah Kelab Sukan Elektronik GenerasiBijak sehingga kini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada murid, sekolah mahupun jabatan. Sumber pendapatan kami adalah melalui jualan cenderamata kelab serta tajaan dari penaja untuk slot iklan di setiap program yang kami anjurkan. Dari sumber pendapatan ini juga yang kami gunakan untuk menganjurkan program-program e-Sukan yang bermanfaat kepada murid khususnya. Penganjuran program dari GenBijakEsports ini hanyalah bertujuan untuk memberi pendedahan atau pendidikan dalam permainan yang mana eSukan kini adalah sukan no 1 di kalangan remaja masa kini. Kami di GenBijakEsports menjadikan platform eSukan ini untuk mendidik murid-murid agar dapat menjadi generasi bijak pandai pada agama, bangsa dan negara. 

1) Training Provider berdaftar bersama HRD Corp Malaysia.

2) Melaksanakan pelbagai program bersama agensi korporat (swasta) dan kerajaan.

3) Pelaksanaan program #GES Generasi eSukan Sekolah adalah merupakan salah satu program CSR dari GenBijakdotMy melaui Kelab GenBijakESports kepada Jabatan Pendidikan Negeri (Kedah | Perak | Johor). Penyertaan adalah secara PERCUMA bagi setiap murid yang ingin menyertai #GES.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang terus menyokong kami dengan menyertai program yang kami anjurkan dan membeli cenderamata yang kami jual. Cenderamata ini juga telah pun dikeluarkan sebelum ini dan mendapat maklum balas yang baik oleh Ibu Bapa.

 

 

SIZE CHART

Sekiranya IbuBapa ingin mendapatkan cenderamata ini, ianya adalah PRE-ORDER. **Sila nyatakan Size pilihan baju anda.. IbuBapa boleh menjadikan cenderamata ini sebagai tanda kenang kenangan bersama dengan program yang kami anjurkan. Kualiti yang diberi sangat selesa dan bermutu. Kami sertakan pakej di bawah untuk rujukan IbuBapa. ORDER BAJU disini : wasap.my/601111178940/JerseyGES223

PERHATIAN!!
Pastikan anda memeriksa SAIZ CHART yang diberikan dan ukur dahulu sebelum membuat tempahan bagi MENGELAKKAN kesalahan membuat tempahan.
.
Segala pertanyaan : wasap.my/601111178940/JerseyGES22

Put a name on your back..