Uncategorized

NAK BUAT SESUATU BUAT SUNGGUH-SUNGGUH SAMPAI JADI!

Ramai antara kita punya banyak impian dan cita-cita. Pasti setiap impian dan cita-cita kita nak capai kan?, tapi pernah tak terfikir berapa banyak impian dan cita-cita kita masih belum tercapai samada sedikit masa lagi @ lambat lagi @ xnampak bayang pun lagi.

BERIMPIAN tidak salah! Setiap orang punya banyak impian kan?, termasuk kami di #GenBijakEsports. Kami impikan 1 program yang besar, program yang dapat memberi manfaat kepada semua murid di dalam Malaysia, tetapi harus diingat setiap impian akan datang dengan cabaran dan dugaan.

Cabaran ni lah yang ramai terkandas kan?, terkandas sekerat jalan, terkandas sebab give up, terkandas sebab takut @ macam2 sebab yang buatkan kita “TAK KEJAR” dan terus lupa impian kita tadi yang mana ianya adalah satu TINDAKAN yang tak perlu ada langsung sekiranya kita nak impian kita tercapai

Inilah yang berlaku kepada kami di #GenBijakEsports, kami berimpian untuk menganjurkan program #GenerasiESukanSekolah2021 ke seluruh sekolah di dalam Malaysia yang melibatkan hampir 16 buah Jabatan Pendidikan Negeri tetapi hasil yang kami dapat hanya 4 negeri iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Johor, Putrajaya & Perak, pasti anda tertanya mana lagi 12 negeri kan?.

Walaupun begitu, kami tetap bersyukur kerana tahun 2020 kami bermula dengan 1 negeri tetapi untuk tahun 2021 kami dapat 4 buah negeri, ada peningkatan bukan?. Impian kami tidaklah TIDAK TERCAPAI sepenuhnya, tapi impian kami dalam perjalanan, ON THE WAY orang kata.

Andainya #GES2021 mencapai kejayaan, dapat beri manfaat kepada semua murid yang menyertai, guru2 berasa gembira mendapat pengalaman baru menjadi pengurus pasukan, manakala IbuBapa pula menyokong minat anak2 dan mereka lega dengan adanya #GES2021 dapat mengembangkan bakat anak mereka sekaligus anak2 dapat e-sijil peringkat negeri pastinya #GES2022 akan mendapat banyak permintaan dari negeri2 yang lain bukan?.

Jadi pengajaran yang kita dapat di sini adalah jangan sekali-kali kita berputus asa @ buat sekerat2 untuk capai impian kita. Benar, berimpian itu PERCUMA tetapi bukankah lebih baik kita realisasikan impian tersebut dengan strategi dan cara yang betul. Pastinya ini semua tidak berlaku sekiranya kami tidak mempunyai ilmu dan pengalaman bukan?.

Pengalaman menguruskan program sekolah hampir 6 tahun banyak mengajar kami untuk berurusan dengan guru dan IbuBapa. Semua ini akan kami kongsikan di slot ‘jana pendapatan dengan e-sukan’ di #BengkelESukanSekolah2021 sesuai dengan anak2 @ guru2 yang teringin untuk buat program e-sukan di peringkat sekolah.

InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang kami akan kongsikan nanti, anda sendiri dapat menguruskan program tanpa perlu mengeluarkan kos untuk mengupah syarikat lain untuk uruskan sekaligus dapat menjimatkan kos sedia ada dan ianya juga dapat menjana pendapatan kepada sekolah @ pun murid itu sendiri.

Jangan lupa DAFTAR SEGERA & cop tempat anda, bertindak AWAL & sentiasa merancang IMPIAN anda.

“IF U FAIL TO PLAN, U PLAN TO FAIL”

Jumpa anda semua pada 24 & 25 April ini bersama 5 lagi panel yang hebat2 belaka. IbuBapa cepat2 daftar kan anak dengan klik wasap.my/601111178940/NakBookingBes21EB

Yuran :
Ahli GenBijakEsports : PERCUMA
Bukan Ahli : RM30/seorang
*E-SIJIL DISEDIAKAN*

PROMO!!JADI 100 TERAWAL DAN DAFTAR 3 ORANG PERCUMA 1 ORANG!

Nak jadi ahli?. Klikwasap.my/601111178940/NakJadiAhliFB

*Jom saksikan sedutan rakaman #BES2020 yang kami anjurkan Disember lepas dan mendapat lebih dari 1400 penyertaan dari seluruh Malaysia*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *